Kerjaya kelab Tim_Krul

Newcastle United

Krul memulakan kerjanya di ADO Den Haag. Beliau kemudian berpindah ke Newcastle United pada musim panas 2005 dan menandatangani kontrak tiga tahun.

Krul membuat debut untuk Newcastle pada perlawanan Piala UEFA pada 2 November 2006 menentang Palermo. Beliau kemudian tercedera ketika memanaskan badan ketika perlawanan pelawat menentang Palermo. Beliau terpaksa dikeluarkan selama enam bulan. Beliau kemudian kembali pada April 2007. Pada 13 Jun 2007, beliau menandatangna kontrak empat tahun bersama Newcastle.

Pada 3 Ogos 2007, Krul dipinjam ke kelab Scotland, Falkirk secara pinjaman sehingga 1 Januari 2008, tetapi ia dilanjutkan sehingga penghujung musim. Beliau membuat debut untuk Falkirk ketika menang 4-0 ke atas Gretna.[3]

Beliau dibolos empat gol ketika menentang Celtic dan tujuh gol menentang Rangers. Tim Krul dibuang padang buat pertama kali dalam kerjayanya pada 2 Januari 2008.

Pada 21 November 2008, Krul sertai Carlisle United secara pinjaman selama sebulan dari Newcastle untuk menggantikan Ben Alnwick yang berpindah semula ke Tottenham Hotspur. Pinjaman itu tamat pada Disember dan Krul kembali ke Newcastle pada Januari.

Krul membuat debut untuk Newcastle semula pada 8 Ogos 2009 pada perlawanan liga menentang West Bromwich Albion. Krul bermain pada perlawanan liga pertamanya untuk Newcastle pada 2 Mei 2010 pada perlawanan terakhir kempen menentang Queens Park Rangers. Pada Julai 2010, Krul menandatangani kontrak baru untuk Newcastle.

Berikutan aksi terbaiknya, Alan Pardew memberinya peluang menjadi penjaga gol pertama dan penjaga gol pertama, Harper dipinjam ke kelab Brighton. Beliau memulakan musim 2011–12 dengan mengekalkan rekod tanpa bolos pada dua perlawanan pertama menentang Arsenal dan Sunderland. Pada 3 Disember 2011, Krul membuat penampilan ke-50nya bersama Newcastle menentang Chelsea dan berjaya menyelamatkan tendangan penalti Frank Lampard tetapi Newcastle tetap tewas 2-0. Pada 4 Mac 2012, Krul menandatangani kontrak lima tahun di Newcaslte.

Sebelum musim 2012-13, Krul diberi jersi nombor 1 dan Steve Harper diberi jersi 37. Selepas tujuh minggu dikeluarkan akibat kecederaan bahu, Krul kembali berlatih. Beliau kemudian cedera pada buku lali ketika pusingan 32 Liga Europa menentang Metalist Kharkiv dan beliau terpaksa berehat selama lima minggu. Selepas menjalani pembedahan, beliau terpaksa direhatkan sepanjang musim 2012-13.

Pada musim 2013–14, Krul membuat kemunculan pertama selepas pulih pada perlawanan persahabatan menentang Rangers. Pada November, beliau berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos menentang Tottenham dan menerima anugerah Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris. Aksi Krul juga mendapat pujian dari penjaga gol veteran Newcastle, Pavel Srníček dan pengurus Alan Pardew.